RxInternational Falcon Network

Kami di RxInternational Falcon Network adalah pembekal produk-produk Terapi MiFiRo (Minda/Fizikal/Rohani) inovasi Prof Dr. Noordin Darus, Pakar Kesejahteraan Sel & Blood Cancer Survivor yang tersohor di Asia Tenggara. Produk2 seperti Sistem Pemurni Air RxWater, RxPhoton-Human Stem Cell & DNA Rejuvenator, RxTra Cellfood & RxYoung-The Fountain Of Youth boleh diperolehi dari kami. Hubungi Wakil2 kami di seluruh Malaysia/Indonesia/Singapura/Brunei atau terus ke talian saya sendiri, Shahrul Fitri, sms/whatsapp/call +60167673789 (M'sia)/+6598605563 (Spore) atau Sabreena +60167616521 (atau email ke noblewellness@yahoo.com) untuk keterangan lanjut atau pesanan



Sunday, November 8, 2009

Dato Dr. Noordin Darus Live di TV9




Pada 8 Nov 2009 lalu, Dato Dr. Noordin Darus telah diundang untuk memberi penerangan tentang Terapi air Rx-Water & Rx-17 dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O, di TV9. Beliau telah ditanya tentang bagaimana terhasilnya inovasi Sistem penurasan & Terapi air Rx-Water ini dan sedikit tentang kisah beliau. Beliau juga menerangkan kepada host rancangan tentang Rx17 yang bagaimana terhasilnya inovasi tersebut. Pada malam sebelumnya (7hb Nov 09), saya telah sms lebih dari 50 orang untuk memberitahu mereka tentang slot Dr. Noordin ini & mereka pun forwardkan kepada rakan2 masing-masing. Selepas sahaja selesai rancangan tersebut, ramai betul yang call & sms saya bertanyakan tentang produk ini dan terus nak membelinya. Jenuh juga nak menjawab soalan-soalan mereka. Dato Dr. Noordin telah mengambil kesempatan muncul di kaca TV untuk menerangkan konsep terapi dengan air dari sudut Islamik dan bagaimana kaitannya dengan produk yang beliau bangunkan ini. Juga membongkar fakta yang sejak beliau menggunakan istilah AURA & konsep AURA dalam terapi Rx-Water ini dari tahun 2001, dah banyak pula produk-produk penapis air di pasaran yang juga guna istilah sama untuk produk mereka. Beliau sempat juga menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan AURA itu sebenarnya. Sila tonton video2 di bawah dari rakaman yang sempat saya ambil (dari last miniute preparation). Maaf ya, kualiti rakaman tak berapa bagus



Wednesday, November 4, 2009

Hala tuju & Wawasan WorldWellness Network


Bermulanya dengan penuh 'humble' dan dari penderitaan serta ujian Ilahi yang dilalui dengan sabar, insaf dan tawadu', lahirlah satu ciptaan unggul untuk manfaat semua lapisan masyarakat. Dato Dr. Noordin telah mengorak langkah sebagai satu-satunya Medical Doctor Islam di dunia yang mencipta inovasi penurasan air berTerapi yang beliau bangunkan untuk kegunaan beliau sendiri (pada mulanya) sewaktu menderita diserang Kanser Darah pada tahun 2001. Beliau telah mendapat ilham tentang suatu sistem terapi rawatan dari penurasan air ini dan dari bahan tanah liat GeMaMit yang menjadi elemen utamanya. Dalam masa yang sama, mempelopori sistem penyucian air dari sudut perspektif Islam. Di sinilah terlahirnya syarikat WorldWellness Network yang ditubuhkan bertujuan untuk menolong seberapa ramai orang sihat & berjaya dari sudut perniagaan melalui konsep perniagaan berangkai.

WorldWellness Network adalah
  • 100% milik penuh Bumiputera
  • Ditubuhkan pada 12 Mac 2003 dengan modal berbayar RM1.5 Juta oleh Dato' Dr. Noordin Darus, Pengasas & Pengerusi Eksekutif Syarikat
  • Syarikat Pemasaran Berangkai (MLM) tulen yang sah dan diiktiraf Kementerian
  • Antara syarikat MLM paling stabil dengan rekod bersih di dalam pembayaran balik bonus kepada ahli-ahli
  • Rangkaian produk yang disahkan pihak berkuasa dan dijamin selamat untuk digunakan
  • 50,000 ahli dan 2000,000 pengguna pada awal 2009. Pembayaran bonus melebihi RM60 Juta sejak ditubuhkan.

    Worlwellness adalah sebuah syarikat yang berwawasan. Dari sebuah pejabat kecil di PJ pada tahun 2002 dan kini di banggunan pejabat sendiri di jalan Othman, PJ (bermula tahun 2004). Pada tahun 2011 nanti, syarikat akan berpindah ke bangunan baru 8 tingkat milik sendiri yang bernilai RM5 Juta. Inilah komitmen syarikat dan membuktikan bahawa dalam masa yang singkat sahaja syarikat milik bumiputera ini semakin maju. Tahun depan, kami akan mula meneroka pasaran global. Kini pun, WorldWellness telah menjadi syarikat MLM milik bumiputera yang paling berjaya di Malaysia. Syabas, WorldWellness.
  • 2002 __________2004 hingga kini











2012


 

Amanat Dr. Noordin tentang platform MLM yang mana harus dipilih


Pada tanggal 31 Oktober 09 yang lalu, stokis di Johor Bahru telah menganjurkan majlis pelancaran Projek Jutawan Pengguna Copycat yang dilancarkan oleh Dato Dr. Noordin Darus di Malaysian Productivity Centre (MPC). Dalam ucapan beliau, Dr. Noordin telah membuka minda para hadirin dan orang-orang baru tentang konsep sebenar perniagaan MLM dan mengapa beliau sendiri yang pada asal profesion beliau sebagai doktor perubatan & anaknya, En. Najmie Noordin yang dahulunya seorang peguam telah nampak potensi perniagaan ini.

Akan tetapi, yang lebih penting ialah 'Hati' syarikat itu. Maksud beliau dengan istilah 'Hati' ini ialah keikhlasan syarikat dan pengasasnya dan ke manakah wang hasil keuntungan perniagaan ini telah dilaburkan oleh syarikat tersebut & adakah mereka ada membayar Zakat? Inilah sentimen yang perlu ada pada setiap diri orang Islam yang nak melibatkan diri dalam perniagaan ini. Jika wang hasil keuntungan ini perginya ke charity-charity atau rumah-rumah ibadat yang men-Syirikkan Allah, maka sahamnya juga dapat kepada kita. Bagaimana pula jika sebahagian wang itu dilaburkan kepada musuh-musuh Islam yang nak menghancurkan ummat ini tanpa kita sedari. Maka haruslah kita berhati-hati dan sentiasalah berisytikharah sebelum membuat pilihan dan jangan jadi 'hamba wang' dengan hanya melihat dari sudut keuntungan sahaja tanpa mengambil kira keberkatan yang bakal diraih untuk jangka panjang jika kita memilih syarikat yang betul. Ada juga syarikat MLM Bumiputera (yang pengasasnya juga seorang Doktor) tetapi hanya gimik sahaja. Beliau sebenarnya bukan membuat formulasi produk2 syarikat dan cara ia mengiklankan produknya dengan agresif sehingga mempamirkan dirinya dengan produk keluarannya sebelah-menyebelah dengan model-model wanita seksi yang berpakaian menampakkan sebahagian dada & tubuh mereka. Sebenarnya tidak perlu nak tunjuk glamour sampai macam itu hanya sekadar nak mempromosikan produk pelangsingan. Ingatlah, apa yang kita buat diperhatikan Allah. Kita boleh makan gaji dengan syarikat yang jika bosnya buat salah, kita tak semestinya bersalah sama. Tetapi dalam MLM, kita sebenarnya berkongsi perniagaan & hasil dengan syarikat MLM dan kita adalah 'business associates' mereka. Jika jalannya salah, maka hasil sahamnya juga salah. Hasil bonus & pendapatan inilah yang kita nak berikan pada anak & isteri kita makan. Ingatlah

WorldWellness Network adalah sebuah syarikat milik 100% Bumiputera Muslim dan menjalankan perniagaan yang bukan sahaja jujur tetapi berjalan di landasan Islamik yang patuh. Syarikat ini bermula tanpa langsung meminjam dari bank & membayar Zakat setiap tahun. malah, syarikat ada menubuhkan tabung amal yang mengasingkan sebahagian dari keuntungan syarikat untuk membantu anak-anak yatim orang-orang susah. Terlahirnya produk & perniagaan ini pun dari hasil kajian seorang doktor perubatan (Dr. Noordin) yang insaf betapa kerdilnya diri ini dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha hebat ketika beliau bersabung nyawa menderita dengan sakit Kanser Darah yang teruk suatu ketika dulu. Beliau diberi ilham oleh Ilahi untuk menghasilkan produk ini untuk beliau amalkan sehingga sembuh dan membantu sekian ramai yang lain mendapatkan semula kesihatan. Begitu juga produk-produk lain yang dibangunkan dari 'air tangan' beliau. Amatilah video hasil rakaman ucapan beliau di bawah dan fikirlah sendiri. Buatlah keputusan yang bijak. Jangan pula nanti kata kita tiada pilihan!!



Sebelum Anda Meneliti Blog ini, RENUNGKAN FAKTA INI:

Sepanjang kehidupan kita & dalam sejarah kita:


1) Ada berapakah DOKTOR PERUBATAN Bumiputera yang menjadi Perdana Menteri dalam dunia? - 1 ORANG sahaja



2) Ada berapakah DOKTOR PERUBATAN Bumiputera yang

telah pergi ke Angkasa Lepas dalam Dunia? - 1 orang sahaja (Dato Sheikh Muzaffar)

3) Ada berapakah DOKTOR PERUBATAN Bumiputera yang

jatuh sakit (Kanser) & diberi ILHAM oleh Ilahi untuk mencipta Sistem Terapi Air (untuk dirinya sehingga sembuh) dan dimanfaatkan oleh beratus ribu manusia? - 1 ORANG SAHAJA - Prof Dato dr. Noordin Darus